5 KOLEKSI RESEPI NASI GORENG TERBAIK

Balik dari kerja, anda selalu pening tak tahu nak masak apa. Apalagi, masak nasi goreng la jawabnya. Ada pelbagai jenis nasi goreng, dan antara yang popular adalah seperti berikut: 1.NASI GORENG CINA Bahan bahan: 1 mangkuk nasi putih 1 - 2 sudu besar mentega Minyak masak Minyak bijan 3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk 4 ulas bawang merah - hiris Isi ayam - potong kecil Udang secukupnya 1 sudu besar lada sulah - tumbuk 2 biji telur Bahan Sayuran: Karot - potong dadu Cili padi - hiris Sayur kubis - hiris panjang Daun bawang - hiris halus Cara cara: Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak. Masukkan garam dan...